My Newbiez

Monday 28 October 2013

Dia adalah CINTA~!!

duhai cinta..

pernahkah kau terfikir mengapa tuhan menetapkan pertemuan kita sehinnga seakrab begini 
pernahkah kau terfikir mengapa kita terlalu cepat menjadi mesra sehingga telah menimbulkan perasaan sayang di hati masing- masing
pernahkah kau terfikir mengapa harus aku juga yang menjadi pelakon dalam dunia kehidupanmu?
dan pernahkah kau terfikir mengapa hati ini pasti merasa pedih seandainya suatu hari nanti hubungan diantara kita menjadi goyah ??

apakah ini dinamakan 'roda percintaan'??


saat bersamamu ku rasakan hari hariku penuh dengan kebahagiaan dan keceriaan
kau membuatkan hidupku kian bersemngat walau aku menanggup beribu kekusutan 
kau bagaikan pelukis yang sentiasa mencorak dan mewarnai hidupku
tanpamu di sisi aku umpama si buta kehilangan tongkatnya

aq pernah bertanya mengapa hati ini begitu sayang dan cinta terhadapmu..
sedangkan kau hanyalah manusia biasa sama seperti yang lain..
mengapa hati ini terlalu kuat mahu menerima cinta darimu dan bukanya dari yang lain??
mungkin ini semua berlaku datangnya dari hatimu yang benar benar tulus mencintaiku juga..

ya tuhanku..

seandainya dialah jodohku..
permudahkan la urusan kehidupanku untuk bersamanya..
memilih untuk bersamamu adalah sesuatu yang pasti dan insyaallah kaulah yang terbaik
dan semoga aku tetap dengan pendirianku yang satu ini dan semoga tuhan merestui percintaan kami ini..

duhai teman teman..
doakan lah kebahagiaan kami selalu
hormatilah hubungan kami ini dan
aku berharap agar hanya kematian sahaja yang dapat memisahkan kami..
AMIN...


No comments:

Post a Comment