My Newbiez

Monday 11 April 2011

somethng imprtant 2 me..!!

inilah yang dinamakan sebuah dunia..
terlalu banyak ranjau duri dalam liku - liku kehidupan seharian..
adakalanya kita sedar.. adakalanya tidak..
tetapi pada kebiasaanya kita seriang leka dan alpa dalam mencari erti kehidupan..


manusia sering terlupa bahawa mereka mempunyai matlamat yang telah tersedia ditetapkan
sudah semestinya mereka inginkan pencapaian 100% terhadap matlamat mereka itu..
ya memang tidak dijangka lagi bahawa mereka ingin dan harus mencapat matlamat hidup mereka
ini kerana dengan matlamat mereka itulah yang membolehkan mereka untuk terus 
maju ke tahap yang lebih membanggakan..


TETAPI..

kita juga tidak sedar bahawa kita juga mempunyai matlamat hidup yang lain..
bukan sahaja menetapkan matlamat dalam pelajaran, malah kita juga harus mempunyai matlamat terhadap pasangan kita
bak kata orang tidak salah kalau ingin berpasangan.. asal kita faham akan tujuan kita apabila mempunyai pasangan
memang akan terlalu banyak pertengkaran dan salah faham yang akan tercetus antara kalian..
tetapi pernah kah anda terfikir ianya juga adalah salah satu cara untuk mempelajari sikap dan persepsi seseorang individu..


apabila kita semakin rapat dengan seseorang itu, secara automaticnya segala permasalahan akan terkongsi bersama..
dari situ akan terdapat beberapa komen dan ulasan dari seseorang yang bergelar teman kepada kita..
jika teman kita itu tidak ambil endah akan setiap permasalahan kita, ini bermakna teman itu tidak layak untuk menjadi pasangan anda..



anda yang berpasangan seharusnya merasa bahagia sepanjang hidup mereka
ini kerana mereka mempunyai seorang teman yang akan sentiasa mendengar setiap luahan hati anda
andai terdapat sebarang masalah teman inilah yang akan sedaya upaya untuk menyetelkan masalah itu..
tidak kah kamu terfikir bahawa alangkah beruntung & bahagianya hidup kamu itu saat??


TETAPI..



jika anda sudah mempunyai pasangan (kekasih)
diharap anda juga sudah menetapkan matlamat untuk sentiasa berada di sampingnya dikala susah dan senang
jangan sesekali meninggalkan si dia dalam kesepian menanggung segala kesedihan or permasalahan
kerana dari situ anda sudah dilabel sebagai seorang insan yang alpa akan matlamat hidupnya.....!!!

dari sini ingin saya tegaskan bahawa kedua dua isu di atas juga penting dalam kehidupan
matlamat terhadap pelajaran dan juga matlamat dalam berpasangan
jadi kita seharusnya sudah menetapkan kedua dua matlamat ini dalam diri kita 
supaya anda akan menjadi seorang yang bermatlamat dari segi zahir dan batin...!!!

sekian ~!!


>Asriena Skynyctophobia77<

No comments:

Post a Comment